Selasa, 16 Disember 2008

Mohd Saiful: Bergambar bersama Pingat Emas disisi keluarga.




Peserta Negara (Mohd Saiful) bagi
Bidang Penerapan Bata
ASC 2008










Peserta Negara (Mohd Faizol)

bagi Bidang Wall & Floor Tiling

ASC 2008



Mohd Saiful: Setelah menyiapkan projek bagi Bidang Penerapan Bata ASC 2008.



Mohd Saiful: Sedang menyiapkan projek bagi Bidang Penerapan Bata ASC 2008



Mohd Saiful: Peserta bagi Bidang Penerapan Bata ASC 2008



Mohd Faizol: Setelah menyiapkan Projek bagi Bidang Wall & Floor Tiling ASC 2008



Mohd Faizol: Bidang Wall & Floor Tiling ASC 2008





Mohd Faizol: Peserta bagi Bidang Wall & Floor Tiling ASC 2008

Isnin, 1 September 2008

Kemudahan Yang Disediakan.

GIATMARA Setiu ada menyediakan kemudahan kepada pelatih. Diantara kemudahan yang disediakan adalah seperti dibawah:

1. Latihan Percuma.
2. Elaun Bulanan bagi Pelatih Sepenuh masa.
3. Kemudahan Menggunakan Peralatan & Mesin.
4. Sijil Kemahiran GIATMARA
5. Sijil Suruhanjaya Tenaga.
6. Program Keusahawanan
7. Ko- Kurikulum.
8. Literasi Komputer.
9. Dewan.
10. Kantin.
11. Surau.

Kursus Yang Ditawarkan di GIATMARA Setiu, Terengganu.

1. Kursus Teknologi Binaan Bangunan (IM).
2. Kursus Pendawaian Elektrik Domestik(PED).
3. Kursus Teknologi Automotif Kenderaan Komersial (TAKK).

Motto GIATMARA

"KEMAHIRAN MENJAMIN KEHIDUPAN"

Logo GIATMARA

LOGO GIATMARA.


HURAIAN LOGO GIATMARA.

LAMBANG GEAR
Merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang dinamik berada di bawah naungan MARA.


PERKATAAN GIATMARA
Melambangkan kegigihan dan kegagahan dalam melaksanakan segala aktiviti yang diamanahkan bagi membela masyarakat bumiputera.

TULISAN JAWI
Melambangkan kesinambungan imej identiti kecemerlangan GIATMARA & ciri-ciri keIslaman.

WARNA BIRU
Komited dan berwawasan sebagai Badan Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta mertabat bangsa.

WARNA MERAH
Serba boleh dan berani mara ke hadapan untuk meneroka peluang -peluang baru.


WARNA KUNING
Murni dan berinisiatif selari dengan inspirasi MARA membela masyarakat bumiputera.

Lagu MARA

Ahad, 24 Ogos 2008

Lagu Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Airmata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama kita,
Cita lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Pribumi kan gagah di Nusantara.

Peraturan Tatatertib dan Disiplin Pelatih GIATMARA.

PERATURAN TATATERTIB DAN DISIPLIN
PELATIH PUSAT GIATMARA

1. Pelatih dikehendaki sentiasa berkelakuan baik sepanjang latihan dan mestilah mematuhi kepada Peraturan Tatatertib dan Disiplin Pelatih-Pelatih GIATMARA.

2. Pada sepanjang latihan itu, Pelatih tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa jua kegiatan luar yang sedang diikutinya atau disertainya mahupun ingin menyertainya kerana ia boleh mengganggu sesi latihan.

3. Pelatih yang mengikuti latihan di Pusat GIATMARA diwajibkan mengikuti program/jadual yang telah ditetapkan oleh Pentadbiran Am Pengurusan GIATMARA dan sedia patuh akan peraturan berkenaan tanpa bantahan.

4. Jadual kedatangan adalah keutamaan Pusat GIATMARA, semua Pelatih diwajibkan untuk hadir ke Pusat GIATMARA mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penyingkiran akan dilakukan sekiranya Pelatih tidak dapat mengikut arahan berkenaan serta tidak hadir tiga hari berturut-turut tanpa sebab yang munasabah atau mendapatkan surat kebenaran yang boleh dipercayai.

5. Semasa berada di dalam waktu latihan, Pelatih dikehendaki sentiasa berpakaian kemas (mengikut kesesuaian suasana latihan) setiap masa. Baju T latihan boleh didapati dari pihak Pusat GIATMARA.

6. Pas pengenalan atau Tag Nama hendaklah sentiasa disematkan pada baju ‘T’ atau latihan setiap masa apabila berada di dalam kawasan Pusat GIATMARA.

7. Pelatih dimestikan menghadirkan diri dalam perhimpunan pagi serta mengikuti latihan kokurikulum, latihan kawad kaki, senaman pagi dan gotong-royong.

8. Pada sepanjang waktu membuat latihan, Pelatih TIDAK dibenarkan:

a) Memakai pakaian “Trek Suit” kecuali semasa waktu bersukan.
b) Memakai selipar, sandal dan kasut bertumit tinggi, kalau boleh gunakan kasut bertumit rendah, kasut getah atau yang bersesuaian dengan latihan bagi keselamatan Pelatih.
c) Merokok di dalam kawasan Pusat GIATMARA
d) Terbabit atau terlibat di dalam kancah Dadah, membawa serta meminum minuman keras yang memabukkan, berjudi dan sebagainya yang mana boleh mengaibkan nama mana-mana pihak.
e) Memakai barang kemas seperti Subang dan Rantai bagi Pelatih lelaki.
f) Menimbulkan atau mencetuskan hal-hal serta perkara yang boleh menyebabkan wujudnya pergaduhan atau perkelahian di antara Pelatih sesama sendiri.
g) Berada di dalam bengkel atau bilik kuliah kursus pihak lain tanpa urusan atau mendapat kebenaran dari guru kursus.
h) Makan dan minum di dalam bengkel atau bilik kuliah. Dewan makan telah disediakan.

9. Bagi Pelatih perempuan diwajibkan memakai kain tudung atau mini telekung semasa berada di dalam kawasan Pusat dan di dalam waktu latihan.

10. Bagi menjamin keselamatan Pelatih, pergerakan Pelatih hendaklah diberitahu atau dimaklumkan kepada guru kursus atau guru bengkel apabila hendak keluar dari kawasan pusat semasa waktu latihan. Bagi memudahkan urusan berkenaan Kad Pergerakan Pelatih akan diedarkan kepada Pelatih.

11. Cuti Sakit hendaklah dimaklumkan seawal mungkin setelah mendapat kebenaran dari pihak hospital atau klinik kerajaan. Tanpa berbuat demikian tindakan disiplin akan diambil.

12. Selepas tamat waktu latihan, Pelatih tidak dibenarkan berada di dalam kawasan Pusat GIATMARA kecuali ditemani oleh guru kursus berkenaan.

13. Peralatan kerja bengkel dan peralatan sukan tidak dibenarkan sama sekali dibawa keluar dari kawasan Pusat GIATMARA tanpa kebenaran guru bengkel atau guru sukan.

14. Setiap aktiviti atau latihan projek luar yang hendak disenggarakan atau dikerjakan hendaklah mendapat kebenaran serta perlu memohon 2 hari dari tarikh yang diperlukan dari pihak Pengurus Pusat GIATMARA terlebih dahulu.

15. Pelawat, tetamu, kaum keluarga dan sebagainya yang hendak berurusan dengan Pelatih hendaklah memaklumkan serta mendapat kebenaran dari pihak Pengurusan terlebih dahulu dan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bengkel. Bilik perjumpaan disediakan untuk urusan berkenaan.

16. Sekiranya ada Pelatih yang mempunyai masalah atau persoalan yang hendak dikemukakan boleh berbuat demikian kepada guru kursus atau mana-mana guru yang difikirkan sesuai untuk merujuk masalah berkenaan.

17. Apabila hendak membuat perjumpaan peribadi dengan Pengurus Pusat GIATMARA hendaklah memaklumkan serta mendapat kebenaran melalui guru kursus atau guru bengkel terlebih dahulu.

18. Kenderaan Pelatih hendaklah ditempatkan di kawasan atau tempat letak kenderaan yang telah disediakan untuk Pelatih.


19. Pihak GIATMARA tidak akan bertanggungjawab di atas sesuatu kecederaan, kemalangan atau kematian yang berpunca dari kelalaian atau kecuaian atau ketidaksempurnaan kerja yang dilakukan berbangkit daripada sesuatu kejadian kepada Pelatih oleh Pihak GIATMARA, wakil-wakilnya atau pekerja-pekerjanya semasa melaksanakan kerja-kerja yang dilakukan mereka.

20. Dalam hal-hal berkenaan keselamatan Pelatih dalam latihan, Pelatih adalah dimestikan membeli Insuran Berkelompok.

Jika didapati bahawa Pelatih telah tidak mematuhi apa-apa kehendak atau syarat yang dibuat di atas, kecuali telah mendapat kebenaran Pihak GIATMARA, maka dan dalam mana-mana hal yang demikian itu bolehlah Pihak GIATMARA mengikut budi-bicaranya yang mutlak memberhentikan latihannya atau di mana difikirkan perlu Pelatih dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya.

Misi

Memberi Pengetahuan dan Kemahiran Dalam Pelbagai Jenis dan Tahap Ketukangan yang Berterusan Kepada Masyarakat Setempat dan Luar Mengikut Perkembangan Teknologi serta Keperluan Semasa.

Visi

Pengwujudan Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB) berkualiti bagi mencapai matlamat Wawasan 2020.

Sejarah GIATMARA Setiu, Terengganu


GIATMARA Setiu telah mula beroperasi pada tahun 1988. Ianya dirasmikan oleh Y.B. Dato Dr. Mohamed Yusof B. Mohamed Noor pada 25 Februari 1989.GIATMARA ini terletak dalam kawasan Parlimen Setiu dan beroperasi di atas tanah milik kerajaan seluas 10 ekar. Pengurus pertama bagi GIATMARA ini ialah En. Ahmad Nadzri B. Yahya. Pada peringkat awal penubuhan, GIATMARA ini menjalankan kursus berasaskan kemahiran Binaan Bangunan yang dipecahkan kepada 3 bidang iaitu:
i. Menerap Bata & Melepa,
ii.Pertukangan Kayu & Tanggam.
iii.Pemasangan Jubin.

Pada bulan April 1992, GIATMARA ini telah diuruskan oleh pengurus baru iaitu En. Nik Ahmad Afendy B. Nik Mustapha sehingga 2006. Kursus yang ditawarkan di pusat ini juga telah berubah dimana kursus binaan telah digabungkan sebagai Senggaraan Industri(IM) dengan tambahan keterampilan asas Pendawaian dan Kimpalan kepada pelatih.
Pada tahun 1999, dua kursus baru telah ditawarkan di GIATMARA ini iaitu Pendawaian Elektrik Domestik (PED) dan Teknologi Automotif Kenderaan Komersil (TAKK).
Pada tahun 2004, GIATMARA Malaysia dengan kerjasama LKIM telah memawarkan Kursus Membaiki Enjin Bot dimana ianya beroperasi di Nelayan Resort, Kg. Rhu Sepuluh, Penarik, Setiu, Terengganu. Sehingga kini seramai 1700 orang pelatih telah menamatkan latihan kemahiran dalam bidang kursus masing-masing di GIATMARA ini.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Carta Organisasi GIATMARA Setiu 2008

Pengurus
Rodihartoni Bin Ali

Tenaga Pengajar Kanan
Mohammad Bin Hassan
Mohamad Suzham Bin Mohamad

Tenaga Pengajar IM
Marzuki Bin Abd. Wahab
Alias Bin Abdullah

Tenaga Pengajar PED
Mohd Zardi Bin Zakaria
Raja Muhamad Nasharudin Bin Raja Ismail

Tenaga Pengajar TAKK
Jamaludin Bin Mohd Noor
Mohd Nasir Bin Ismail

Pembantu Tadbir
Ibrahim Bin Che Musa

Penyelenggara Setor
Halim Bin Tayib

Rabu, 9 Julai 2008

Objektif

  • Melahirkan Tenaga Kerja Mahir Negara dan Antarabangsa.
  • Mewujudkan Usahawan.
  • Membantu Membasmi Kemiskinan.

Selasa, 8 Julai 2008

Header Design








Selamat Datang

Selamat datang ke Blog GIATMARA Setiu, Terengganu

COPYRIGHT 2008